Alhamdulillah wa syukru lillah...
Keluarga kecil kami telah selamat sampai ke bumi bertuah Malaysia. Lama blog ini terbiar, kami tiada internet. Hari-hari awal di Malaysia amat sibuk dan membingungkan.
Ketika albazrah tiba di Malaysia, ayahanda berada di dalam wad sekali lagi. Alhamdulillah telah keluar kini. Beberapa hari lepas adinda Noor Amni selamat melahirkan seorang puteri. Pada hari ini Mawaddah puteri kekandaku masih berada di dalam wad. Ya syafi ya Allah. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Beberapa hari selepas pulang dari Sudan tempohari, albazrah sempat mengikuti seminar Bahagia Membahagiakan, bersama Prof Dr. Muhaya, alhamdulillah.
Jumaat lalu albazrah mendengar tausiyah Sheikh Usamah alAzhari kemudian Khutbah Jumaat Mufti Ismail Menk. Alhamdulillah.
Hati ini sedikit gelisah, namun mendengar kalam hikmah para ulama' benar-benar menyejuk hati menjadi penawar.
Albazrah bersyukur juga dapat mendengar panduan-panduan guru terawal al-Bazrah, Sheikh Nuruddin di TV Al Hijrah, alhamdulillah.
Sehingga kini kami masih mencari rumah sewa sekitar Nilai. Rumah banyak tetapi harga amat mahal. Ia berganda-ganda berbanding tiga tahun yang lalu. Semoga ALlah mempertemukan dengan rumah yang baik untuk kami beribadah dan menghidupkan ilmu di dalamnya. Amin.
Astaghfirullah....
6 comments:
Alhamdulillah....semoga Allah SWT mempermudahkan urusan anda sekeluarga..
selamat datang ke Nilai kak. mak ayah saya di taman desa jasmin.
Alhamdulillahi Rabbil 'alamin. Selamat datang kembali ditanah air dan memulai perjalanan kehidupan dalam Bab selanjutnya - setelah menyelesaikan kisah-kisah dalam episode yang telah lalu. Insyaallah Dengan Izin dan Rahmat Allah - segala kesulitan2 diawal ini, akan dapat terselesaikan dengan baik. Dan ananda sekeluarga berada dalam wilayah yang Allah Berkahi. Salam dari jauh untuk Abi dan Ummi Nisreen
Anony: Amin terima kasih.
MFR: Kak Ma belum explore Nilai, insya Allah ada kesempatan kami pergi ziarah.
Abi: Amin, amin... Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kami. Kalau ayah dan bonda datang ke Kuala Lumpur jangan lupa khabarkan ya. Insya Allah ketemu.
Assalamualaikum albazrah,
Setelah sekian lama blog ini menjadi favourite di hati ini, skrg baru berani bersuara ;> Bersyukur sgt akak (akak ke?) akan menetap di nilai, saya pun di sekitar nilai. Mana tahu ada rezeki kami dpt menuntut ilmu dr akak sekeluarga. Kalau akak ada hadiri apa-apa, war-warkan ye. teringin nak jumpa orang yg tlh byk kali menyentuh hati sy dgn kata-katanya, insyaAllah Amin.
Semoga Allah redha.
Assalamu'alaikum Azma,
Apa khabar? Akak dah bertahun membaca blog ni, rasanya dari tahun 2007@2008. Dari Azma belum berumahtangga sehinggalah dah ada cahaya mata. Alhamdulillah akak dapat banyak manfaat dari blog ini, jazakallahu khairan kathira. Akak tinggal di Nilai. Semoga dipermudahkan Allah dan mendapat rumah sewa yang sesuai buat azma sekeluarga.
Wassalam.
Post a Comment